Oh Jeragat....

 Jeragat yang tumbuh di muka memang mengurangkkan keyakinan. Selalunya jeragat akan tumbuh di wajah apabila terlalu terdedah kepada cahaya matahari. Tapi tak semua orang akan dapat jeragat pada usia tua dan saya jugak tergolong dalam golongan yang ada jeragat tu..huhu..why me..Alkisahnya bermula pada zaman muda remaja..Dan saya mula perasan terdapat jeragat di muka seawal usia 13 tahun..muda kan..Mungkin akibat daripada selalu terkena cahaya matahari..Sekarang ni baru la cuba2 mencari petua untuk menghilangkan jeragat. Petua2nya ada kat bawah ni ha dan saya baru cuba menggunakan lidah buaya..


Cara-Cara (Sumber-Majalah InTrend)

Lidah Buaya
Lendir lidah buaya (aloe vera) selain dapat menghilangkan jeragat, ia juga bagus untuk menghilangkan parut jerawat. Ambil daun lidah buaya, potong kepada beberapa kerat dan bahagian, kemudian kupas kulit luarnya, sapukan lendir lidah buaya pada bahagian muka yang terdapat jerawat. Lakukan aktiviti ini setiap hari dan kulit anda akan lebih segar dan kurang bintik jeragat.


Air Kelapa

Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu. Asid yang terdapat dalam air kelapa sebenarnya bagus untuk merawat kulit wajah.


Jangan Terlalu Urut Wajah
Bagi yang mengelami masalah jeragat ini. Jangan lakukan urutan atau pembersihan yang berlebihan kerana ia akan menyebabkan iritasi. Cukup sekadar pembersihan berkala dengan kadar yang sedikit. Juga pilih pembersih wajah yang tidak banyak menghasilkan buih kerana ia boleh mengakibatkan kulit anda rosak.


Jauhi Sinar Matahari
Oleh kerana Malaysia bersuhu panas anda sebagai seorang wanita juga perlu melindungi kulit dari sinar matahari kerana ia akan meransang kulit mengeluarkan lebih banyak sebum sehingga menyebabkan pertumbuhan jerawat.


Jaga Pemakanan
Kurangkan makanan yang pedas, berminyak dan berkalori. Lebihkan makanan yang miliki protin dan juga vitamin. -i


Read more at: http://intrend.astroawani.com/detail/5-cara-hilangkan-jeragat-dengan-cepat-53065?cp

Comments

Popular Posts