Makanan Berkhasiat Semasa Mengandung

Makanan yang sihat dan berkhasiat ibu mengandung


1. Pisang 
Pisang amat baik untuk ibu mengandung kerana ia mampu untuk membantu perkembangan janin. Ini kerana kandungan nutrisi seperti kalium dan juga asid folat. Selain itu pisang juga kaya dengan kandungan vitamin dan mineralnya yang penting seperti vitamin C, vitamin B Kompleks, kalium, kalsium, fosforus, zat besi dan magnesium.
2. Bayam 
Bayam dapat meningkatkan kekebalan tubuh,menurunkan darah tinggi, menurunkan risiko diabeties, mencegah anemia yang baik untuk ibu mengandung. Kandungan nutrisi yang terdapat dalam 100 gram daun bayam adalah 2,3 gram protein; 3,2 gram karbohidrat; 3 gram besi dan 81 gram kalsium. Bayam juga kaya akan berbagai macam vitamin dan mineral, yakni vitamin A, vitamin C, niasin, thiamin, fosfor, riboflavin, natrium, kalium dan magnesium.
3. Kacang
Makan sebanyak suku cawan kacang seperti badam mengandungi 98 miligram magnesium. Di samping itu, makanan kekacang boleh dijadikan sebagai snek apabila anda berasa lapar. Selain itu, kacang juga menjadi pilihan alternatif protein yang terbaik untuk ibu-ibu yang mengamalkan diet vegetarian. Kekacang juga kaya dengan zink yang mengurangkan kadar risiko kelahiran pramatang, kelahiran berat kurang dan tempoh bersalin yang lama. Sayuran kacang ini merupakan sumber protein, zat besi, folat, serat dan kalsium serta zink.
4. Telur 
Telur baik untuk anda dan juga anak anda kerana telur bukan saja bahan yang murah dan mudah untuk didapati malah kaya dengan sumber protein serta kolina. Kolina ialah nutrien penting dalam perkembangan otak janin di samping mengurangkan risiko kecacatan tiub otak seperti spina bifida. Telur merupakan sumber protein pra-natal yang terbaik. Hal ini demikian kerana telur kaya dengan zat-zat seperti folat, zat besi dan kolina.

5. Betik 
Ibu mengandung boleh makan buah betik yang sudah matang. Kandungan nutrisi yang tinggi baik untuk ibu dan bayi dalam kandungan. Ianya kaya dengan serat, vitamin c dan pelbagai nutrisi lain. Kandungan betik membantu mencegah masalah kehamilan seperti sembelit dan sakit perut.

Comments

Popular Posts